Aku
tidak marah.. Aku tidak cemburu... kerana kamu bukan hakku... Mungkin
ini kelemahanku sebagai manusia biasa… bahagia saat jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku
untukmu.... Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku
saat ini…
Tapi
biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika
ini.... sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang
mewujudkan perasaan itu.. Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan
milikku.... Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku.... Dan
cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan
dan keikhlasan... Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah...
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan
perlahan...
Ya
Allah,, Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu
menjadi milikku... Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu... Bersihkan batinku
yang ternoda oleh angan dan harap.. Ya Allah.. leraikanlah dunia yang
hinggap dalam hatiku.. kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua
cinta... Hanya CintaMu ALLAH yg kuharap, bercambah hingga ke syurga
hakiki...
“Barang siapa yang member kerana Allah, menolak kerana Allah,
mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana
Allah, maka berarti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)..
0 komentar:
Posting Komentar