Home » » Cinta

Cinta

Aku tidak marah.. Aku tidak cemburu... kerana kamu bukan hakku... Mungkin ini kelemahanku sebagai manusia biasa… bahagia saat jatuh cinta... Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu.... Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini…
Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika ini.... sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu.. Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku.... Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku.... Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan... Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan...
Ya Allah,, Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku... Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta... Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu... Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap.. Ya Allah.. leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku.. kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta... Hanya CintaMu ALLAH yg kuharap, bercambah hingga ke syurga hakiki...
“Barang siapa yang member kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka berarti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)..

0 komentar:

Posting Komentar